CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, February 5, 2009

LAYANNNNNN....

ASSALAMUALAIKUMM..

Alhamdulillah tercapai jugak niat dihati untuk memiliki blog sendiri.(kalau tak asyik g jenguk blog orang je).Tapi isi kandungan blog ni tidak lah sehebat mane pun..saje nak kongsi cerita dengan kenalan.Kepada pengunjung-pengunjung blog(cewah..cewah)sudi-sudilah baca ape yang ada dalam blog ni.Kalau nak share (ape-ape aje lah) pun lagi dialu-alukan...untuk menambahkan ilmu pengetahuan.
Sekiranya ada yang tersinggung atau terasa hati dengan tulisan kat dalam ni..harap dimaafkan la ye.Ape-ape pun LAYANNNNNN.......


SEDIH DAN GEMBIRA

Hari berganti hari..minit berganti minit..saat berganti saat..jam terus berputar tanpa henti(lau bateri habis baru berenti)aku terus menghitung hari.Antara sedih dan gembira..itulh perasaan ku sekarang.Saat yang paling tidak sabar aku tunggu adalah kelahiran cahayamataku yang kedua.Sekarang ni pun dh start sakit pinggang..perut pun dh rasa tak selesa.Kalau ikut tarikh scan due date aku 25.02.09..tapi ikut kiraan dokter due date aku 18.02.09..entah aku pun tak tau mana satu tarikh yang tepat.Tapi aku berdoa biarlah baby aku lahir sebelum baba dia berangkat ke ARAB 16.febuari.09(kerja kat sana).Ini lah saat yang paling sedih..yela sepanjang 3tahun kami berumahtangga..suami tak pernah berjauhan dengan aku dan anak.Tapi dah nama pun rezeki suami ku dapat kerja kt ARAB.Aku terima je lah(anggap dugaan)tapi sedih jugak lah lau dia g aku belum bersalin.Terpaksalah keluarga ku yang urus semua masa aku bersalin sampai aku habis pantang.Nak harap keluarga mertua agak payah sikit diaorang kat SARAWAK.Tapi aku cuba lah bersabar dan bertahan sepanjang suami ku bekerja jauh..rasa takut nak besarkan dan didik anak seorang diri pun ada..yelah sebelum ni suami ada(bantu ape yg patut kt umh..lyn kerenah si Adawiyah)lepas ni aku kena urus 2org anak(insyALLAH) kena g bank(bayr kereta)..kena settle segala bil2.belanja barang dapur..(arrrggggh...leh ke aku wat sorang2 ni...tak pernah aku wat semua ni sorang2)mudah2an TUHAN mudahkan segala urusan ku.Yang penting aku kena tabahkan hati demi anak2.Keyakinan pun kena kuat untuk hadapi dugaan ni semua.InsyALLAH semua berjalan dengan lancar.

Hari bahagia...13.11.05

Ini lah saat paling manis dalam hidup ku..bergelar isteri kepada insan yang amat aku cintai.Dari awal perkenalan yang begitu singkat..akhirnya aku sah menjadi hak milik kepada Bukhari bin Mohdar pada 13.11.05.
Tak sangka lelaki yang kuanggap sombang berlagak macho(hehehe)telah mencuri hati aku.Rupanya dia seorang yang pemalu tak banyak cakap..lagi2 dengan pempuan sbb tu dh tua baru kahwin
(tak lh tua sgt..beza umur aku ngn dia je jauh..7thn)
Tapi tu semua tak penting..yang penting kami bahagia.Alhamdulillah..tahun ni masuk 4 tahun usia rumahtangga kami..dan kami bakal menimang cahayamata yang kedua..InsyALLAH bulan Febuari ni.Permata hati kami yang sulung kini berusia 2 tahun 6 bulan..MYA QISTINA ADDAWIYYAH.
Doaku semoga rumahtanggaku berkekalan hingga hujung nyawa.Sentiasa dirahmati oleh ALLAH..dan dikurniakan
anak2 yang soleh dan soleha.Dan dimurahkan rezeki...AMIN.